REFLAKSI
REFLAKSI TUGASAN 1 ( SCREENCAST)
Pada pendapat saya, teknologi screencast ini sangat membantu dalam menjalankan PDPc di sekolah. Salah satu kelebihan screencast ialah dapat mengabungkan elemen-elemen multimedia dalam satu video mudah termasuk navigasi yang akan memudahkan proses pemahaman. Oleh yang demikian, video ini sangat sesuai untuk digunakan untuk semua peringkat usia. Pengguna hanya memerlukan sedikit kemahiran dalam pengeditan video untuk menambahbaik serta meningkatkan daya tarikan video. Penggunaan screen o matic amat mudah dan harus diperkembangkan.
Reflaksi Pictograf dan Canva
Dalam penggunaan tool untuk membina e-resume ini, pengguna dibekalkan dengan pelbagai kemudahan untuk mengubah dan menjadikannya lebih menarik. Pengguna hanya perlu memilih tapak yang disediakan dan mengubah segala data yang terdapat dalam tapak sedia ada. Ini sangat memudahkan terutama kepada pengguna-pengguna memerlukan bantuan dalam mencipta kreativiti. Penggunaan Pictograf dan canva ini amat bersesuaian dengan tahap umur pelajar. Penggunaan yang mudah dan mesra pengguna.
REFLAKSI E-PEMBELAJARAN
Penulisan ilmiah ini memperkanalkan kami dengan format penulisan ilmiah yang sebenar. Aktiviti ini amat memberi kesan yang positif kepada pelajar terutama kepada pelajar yang tidak mempunyai latar belakang penyelidikan di peringkat sarjana muda. Penuisan ilmiah ini memberi sedikit gambaran tentang cara penulisan Kaedah Penyelidikan di peringkat sarjana dan PhD. Ini juga membantu pelajar dalam pemilihan tajuk yang sesuai dengan bidang yang akan dikaji.
REFLAKSI COMPUTER AS A TOOL
Dalam pembelajaran ini, pelajar diperkenalkan dengan komputer sebagai alat dan medium pemudahcara untuk mencapai objektif. Komputer sedia ada tidak digunakan sepenuhnya dan pada pembelajaran kali ini, pelajar diminta untuk meneroka sesuatu yang baru dimana komputer dikategorikan sebagai tool untuk mencipta dan membangunkan aplikasi lain. Dalam pembelajaran ini, pelajar diminta untuk melihat diri mereka sebagai pembangun perisian dan bukan sebagai pengguna semata-mata. Pembelajaran ini memberi satu manfaat yang amat besar kepada pelajar sekiranya digunakan sepenuhnya.
REFLAKSI GOOGLE FORM
Penggunaan google form dan aplikasi serta kemudahan lain dalam google sangat memudahkan pengguna terutama dalam membuat kajian dan dapatan data yang mudah dan efektif. Oleh yang demikian, pembelajaran penggunaan aplikasi google sangat memberi impak positif kepada pelajar bukan hanya kerana memudahkan malah lebih efktif dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, dari sudut keselamatan, dapatan lebih selamat berbanding cara konvensional yang memerlukan banyak proses rumit dan kurang efektif.